Ikhlas , prihatin , sabar dan kasih sayang ialah resepi murabbi sejati.
Jika kita seorang pelajar, apakah yang kita mahu daripada guru kita?
Jika kita seorang pesakit, apakah yang kita mahu daripada doktor?
Jika kita seorang ......... , apakah yang kita mahu daripada .........?
Jawapan ini ada pada kita; kita pernah menjadi pelajar, pesakit dan ...................
Semasa saya menjadi pelajar dahulu, saya selalu menggredkan / memberi markah kepada guru yang mengajar saya. Walaupun kini saya tahu bahawa amalan ini tidak baik sebagai pelajar muslim.
Namun, fitrah dan kecenderungan itu tetap ada. Lebih teruk lagi saya juga memberi "gelar" tertentu kepada sebahagian guru berdasarkan watak dan perwatakan.
Walau apapun kerja kita, kita adalah seorang murabbi/pendidik......
Hasil pembacaan dan pengalaman, untuk "menawan hati" seseorang mestilah bermula daripada hati kita. Menyentuh tentang hati ini, perkara utama yang perlu diberi perhatian ialah "ikhlas". Walaupun ikhlas ini rahsia Rabbi dengan hambanya, seperti semut hitam di atas batu yang hitam, di dasar lautan yang kelam.
Namun yang pastinya buah ikhlas ini akan terjelma dalam perkataan, perbuatan dan pembawaan kita.
Sudah pasti "ikhlas" ini dapat dirasai oleh pelajar jika cikgu yang mengajarnya ikhlas. Ikhlas ini melahirkan keprihatinan, kesungguhan, sabar dan kasih sayang.
Tiada kuasa yang lebih kuat daripada "ikhlas" seseorang murabbi untuk pelajarnya. Ikhlas berkait dengan iman. Pancaran ikhlas di muka murabbi ialah seperti sinaran mentari yang menghidupkan bumi, curahan ikhlas pada watak dan perwatakan guru seperti hujan yang menghidupkan tanaman.
Mencari ikhlas amat sukar dan ini merupakan mujahadah seorang mulia seorang murabbi.
Jadi, "ikhlas" dan "kasih sayang" ini bukan boleh dibuat-buat, sifat ini lahir daripada keimanan kepada Allah.
Teringat saya akan buku yang selalu ditelaah dan akan terus menelaah "KOnsep Penguasaan Dalam Kehidupan Dakwah dan Pendakwah" Syeikh Mustafa Masyhur ; ikhlas dan kasih sayang merupakan asas penguasaan.
Fikir-fikirkanlah...... apa jua pekerjaan ..kita bukan sekadar makan gaji tetapi misi dakwah dan tarbiyyah mesti berjalan serentak.... bekalnya selain iman dan ilmu ialah ikhlas dan kasih sayang.
Doakan......agar keikhlasan milik kita dalam melayari lautan dakwah yang terbentang luas dan penuh dengan gelombang ini.
No comments:
Post a Comment