Tak faham betul dengan sikap sesetengah manusia kat dunia ni. Suka sangat
JAGA TEPI KAIN ORANG.
kenapa kita tak boleh terima orang seadanya?
kenapa kita tak boleh terima bahawa setiap orang tu unik?
kenapa ye?
adakah kerana terlalu mengikut pemikiran sendiri? atau....
adakah kerana kita rasa thin line yang cakap seseorang tu salah atau betul... esp thin line tu kita yang buat sendiri....
siapa yang bersalah?
diri sendiri kah??
parents kah??
persekitaran kah??
unsur-unsur luar kah??
pengaruh rakan sebaya kah??
pembacaan kita kah??
Hakikatnya :
Mengapa kita selalu nampak kelemahan orang lain,
Sedangkan kelemahan kita itu terletak pada penilaian orang lain,
Walhal, melihat kelemahan orang lain itu bukan menguatkan diri kita pun,
tetapi belajar dari kelemahan orang lain itu memberi kekuatan kepada kita,
Mungkinkah :
....kerana manusia itu sememangnya mengidamkan kesempurnaan....
....mengatakan pada diri sendiri "Akulah yang paling hebat!" sehingga sanggup merendahkan martabat makhluk sejenisnya...
...manusia sering terlupa bahawa sejak azali lagi mereka tidak pernah sempurna...
~KESEMPURNAAN ITU MILIK ALLAH ABADI~
aha...! kata teori ' joharry windows'
Dalam diri manusia ada 4 bahagian :
bahagian 1 - saya dan awak sama-sama tahu kelemahan dan kekurangan saya
bahagian 2 - saya sahaja tahu kelebihan dan kekurangan saya, awak langsung tak tahu
bahagian 3 - awak yang nampak kelemahan dan kelebihan saya, tapi saya langsung tak tahu
bahagian 4 - saya dan awak sama-sama tak tahu apa kelemahan dan kelebihan saya
---------------
Rumusannya, oleh kerana bahagian 3 itu yang orang lain yang nampak semua tentang kita.. maka org lain akan sentiasa nampak kelemahan kita, maka jika mereka tak suka dengan kita, mereka akan gunakan point ini untuk mempertonjolkan kelemahan kita. Kelemahan kita itu diwarwarkan sehingga semua org lain tokok dan tambah. KEJAMNYA !!
Kenapa Kita selalu nampak kelemahan org lain...
Surah Al' Asr, ayat 1-3 yang bermaksud :"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran."
Dari ayat di atas, Allah menyuruh manusia agar sentiasa membuat renungan... menilai diri sama ada dia percaya kepada Allah dan mengikut suruhan Allah serta meninggalkan larangan Allah atau tidak... kemudian baru la mereka boleh mengingatkan orang lain agar sama-sama menjadi insan yang bertakwa... Semua ini perlu dilakukan dengan cara yang berhikmah dan penuh kesabaran... Jika kita ingat ni, InsyaAllah kita tak la sibuk nak cari kelemahan orang... sampai tak perasaan bahawa mati bila-bila boleh terjadi, sama ada kita ada bekalan atau tidak... (Peringatan untuk diri sendiri)
INSAFLAH
No comments:
Post a Comment