Saturday, September 3, 2011

Takziah buat keluarga Allahyarham NoramFaizul Mohd Nor

Dear Bloggie,
Terkejut menerima berita bahawa seorang Jurukamera Bernama TV, Noramfaizul Mohd Nor, 41, telah terbunuh dalam insiden tembakan di Mogadishu, Ibu Negara Somalia. Kejadian tembakan berlaku pada 02/09/2011 (4 syawal) kira-kira jam 10.30 malam (waktu Malaysia) dan beliau meninggal dunia pada jam 11.07 malam (waktu Malaysia). Ketika kejadian di Mogadishu tersebut, beliau dan ahli media dalam perjalanan untuk menghantar rakaman yang telah dirakam sebelum itu. Insiden ini juga turut mencederakan seorang Jurukamera TV3, Aji Saregar Mazlan.



Allahyarham adalah sebahagian daripada 55 anggota sukarelawan yang mengikuti misi kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia dalam membantu mangsa bencana kemarau dan kebuluran di Somalia. Yang lebih menyedihkan Allahyarham meninggalkan isteri Norazrina Jaafar, 37, dan dua orang anak lelaki yang masih kecil, Mohd Irfan, 8, dan Mohd Naufal, 3.


Seperti yang kita sedia maklum, negara Somalia bukan sahaja sedang menghadapi krisis makanan dan kebuluran yang meragut ribuan nyawa setiap hari. Tetapi, negara itu juga merupakan salah satu negara paling merbahaya di dunia kerana keadaan politik yang tidak stabil dan yang selalu kita dengar adalah kes rompakan lanun Somalia di Teluk Aden.


LAGI BERITA : SUMBER : UTUSAN MALAYSIA
KUALA LUMPUR 2 Sept. - Jurukamera BernamaTV Noramfaizul Mohd. Nor, 40, meninggal dunia setelah terkena tembakan curi semasa membuat liputan Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia dan BAKTI di Mogadishu, Somalia malam ini.

Wartawan BernamaTV Khairulanuar Yahaya yang turut serta dalam misi itu berkata, kejadian itu berlaku semasa Noramfaizul bersama rakan media elektronik yang sedang menaiki trak dalam perjalanan ke sebuah pusat komersial untuk menghantar berita telah terkena tembakan curi yang mengenai bahunya dan menembusi parunya.

Kejadian itu berlaku pada pukul 10.30 malam waktu Malaysia dan Noramfaizul meninggal dunia semasa menerima rawatan pada pukul 11.07 malam waktu Malaysia (Malaysia lima jam lebih awal dari Mogadishu), katanya.

Khairulanuar berkata, tembakan itu ditujukan kepada trak tentera kerajaan yang mengiringi pasukan media dalam liputan berita telah tersasar dan mengena Noramfaizul yang duduk berdekatan tingkap.

Misi tersebut yang berlepas pada 28 Ogos dari Kuala Lumpur, dijangka pulang 8 September ini. - Bernama

Semoga kejadian ini dapat dijadikan iktibar agar pihak berwajib dapat meningkatkan lagi kawalan keselamatan kepada warga media yang mengikuti mana-mana misi kemanusiaan selepas ini.
Takziah buat keluarga Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor. Semoga rohnya dicucuri Rahmat dan ditempatkan di kalangan mereka-mereka yang beriman. Amin.......

NORAMFAIZUL MOHD NOR
1971-2011
AL-FATIHAH..


suasana pilu yang menyelubungi kediaman keluarga Allahyarham






No comments: