Dear Bloggie,
Ciri-ciri Lailatul Qadar
Dinamakan lailatul qadar kerana pada malam itu malaikat diperintahkan oleh Allah swt untuk menuliskan ketetapan tentang kebaikan, rezeki dan keberkatan di tahun ini, sebagaimana firman Allah swt :
إِنَّا أَنزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةٍ مُّبَارَكَةٍ إِنَّا كُنَّا مُنذِرِينَ ﴿٣﴾
فِيهَا يُفْرَقُ كُلُّ أَمْرٍ حَكِيمٍ ﴿٤﴾
أَمْرًا مِّنْ عِندِنَا إِنَّا كُنَّا مُرْسِلِينَ ﴿٥﴾
فِيهَا يُفْرَقُ كُلُّ أَمْرٍ حَكِيمٍ ﴿٤﴾
أَمْرًا مِّنْ عِندِنَا إِنَّا كُنَّا مُرْسِلِينَ ﴿٥﴾
Etinya : ”Sesungguhnya kami menurunkannya pada suatu malam yang diberkati [1369] dan Sesungguhnya Kamilah yang memberi peringatan. Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah, (iaitu) urusan yang besar dari sisi kami. Sesungguhnya kami adalah yang mengutus rasul-rasul.” (QS. Ad Dukhan : 3 – 5)
Al Qurthubi mengatakan bahawa pada malam itu pula para malaikat turun dari setiap langit dan dari sidrotul muntaha ke bumi dan mengaminkan doa-doa yang diucapkan manusia hingga terbit fajar. Para malaikat dan jibril as turun dengan membawa rahmat atas perintah Allah swt juga membawa setiap urusan yang telah ditentukan dan ditetapkan Allah di tahun itu hingga yang akan datang. Lailatul Qadar adalah malam kesejahteraan dan kebaikan seluruhnya tanpa ada keburukan hingga terbit fajar, sebagaimana firman-Nya :
تَنَزَّلُ الْمَلَائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِم مِّن كُلِّ أَمْرٍ ﴿٤﴾
سَلَامٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ ﴿٥﴾
سَلَامٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ ﴿٥﴾
Ertinya : ”Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar.” (QS. Al Qodr : 4 – 5)
Diantara hadis-hadis yang menceritakan tentang tanda-tanda lailatul qadar adalah :
1. Sabda Rasulullah saw,”Lailatul qadar adalah malam yang cerah, tidak panas dan tidak dingin, matahari pada hari itu bersinar kemerahan lemah.” Diriwayatkan oleh Ibnu Khuzaimah yang disahihkan oleh Al Bani.
2. Sabda Rasulullah saw,”Sesungguhnya aku diperlihatkan lailatul qadar lalu aku dilupakan, ia ada di sepuluh malam terakhir. Malam itu cerah, tidak panas dan tidak dingin bagaikan bulan menyingkap bintang-bintang. Tidaklah keluar syaitannya hingga terbit fajarnya.” (HR. Ibnu Hibban)
3. Rasulullah saw bersabda,”Sesungguhnya para malaikat pada malam itu lebih banyak turun ke bumi daripada jumlah pepasiran.” (HR. Ibnu Khuzaimah yang sanadnya dihasankan oleh Al Bani)
4. Rasulullah saw berabda,”Tandanya adalah matahari terbit pada pagi harinya cerah tanpa sinar.” (HR. Muslim)
Terkait dengan berbagai tanda-tanda Lailatul Qadar yang disebutkan beberapa hadis, Syeikh Yusuf al Qaradhawi mengatakan,”Semua tanda tersebut tidak dapat memberikan keyakinan tentangnya dan tidak dapat memberikan keyakinan iaitu bila tanda-tanda itu tiada bererti Lailatul Qadar tidak akan terjadi pada malam itu, kerana lailatul qadar terjadi di negeri-negeri yang iklim, musim, dan cuacanya berbeza-beza. Boleh jadi, ada diantara negeri-negeri muslim dengan keadaan di mana hujan turun tanpa henti, padahal penduduknya di daerah lain. Justeru itu, laksanakan solat istisqo’. Negeri-negeri itu berbeza dalam hal panas dan dingin, muncul dan tenggelamnya matahari, juga kuat dan lemah sinarannya. Kerana itu sangat tidak mungkin bila tanda-tanda itu sama di seluruh belahan bumi ini. (Fiqih Puasa hal 177 – 178)
Perbezaan Waktu Antara Negara
Lailatul qadar merupakan rahsia Allah swt. Untuk itu disarankan agar setiap muslim mencarinya di sepuluh malam terakhir, sebagaimana sabda Rasulullah saw,”Carilah dia (lailatul qodr) pada sepuluh malam terakhir di malam-malam ganjil.” (HR. Bukhori Muslim).
Dari Abu Said : bahawa Nabi saw menemui mereka pada pagi kedua puluh, lalu beliau berkhutbah. Dalam khutbahnya beliau saw bersabda,”Sungguh aku diperlihatkan Lailatul qadar, kemudian aku dilupakan—atau lupa—maka carilah ia di sepuluh malam terakhir, pada malam-malam ganjil.” (Muttafaq Alaihi) Pencarian lebih ditekankan pada tujuh malam terakhir bulan Ramadhan sebagaimana diriwayatkan oleh Bukhori Muslim dari Ibnu Umar bahawa beberapa orang dari sahabat Rasulullah saw bermimpi tentang Lailatul Qadar di tujuh malam terakhir. Berdasarkan mimpi itu, Rasulullah saw bersabda,”Aku melihat mimpi kalian bertemu Lailatul qadar pada tujuh malam terakhir. Dengan itu, barangsiapa hendak mencarinya maka hendaklah ia mencari pada tujuh malam terakhir.”
Dari Ibnu Umar bahawa Rasulullah saw bersabda,”Carilah ia di sepuluh malam terakhir. Jika salah seorang kalian lemah atau tdak mampu maka janganlah ia dikalahkan di tujuh malam terakhir.” (HR. Muslim, Ahmad dan Ath Thayalisi)
Malam-malam ganjil yang dimaksudkan dalam hadis diatas adalah malam ke- 21, 23, 25, 27 dan 29. Bila masuknya Ramadhan berbeza-beza dari berbagai negara—sebagaimana sering kita saksikan—maka malam-malam ganjil di beberapa negara menjadi malam-malam genap di sebahagian negara lainnya sehingga untuk lebih berhati-hati maka carilah Lailatul Qadar di setiap malam pada sepuluh malam terakhir. Begitu pula dengan daerah-daerah yang hanya berbeza jamnya saja maka ia pun tidak akan lewat dari lailatul qadar kerana lailatul qadar ini bersifat umum mengenai semua negeri dan terjadi sepanjang malam hingga terbit fajar di setiap negeri-negeri itu.
Kerana tiada yang mengetahui bila jatuhnya lailatul qadar itu kecuali Allah swt, maka cara yang terbaik untuk menggapainya adalah beriktikaf di sepuluh malam terakhir sebagaimana pernah dilakukan oleh Rasulullah saw dan para sahabatnya.
Ciri-ciri Orang Yang Mendapatkan Lailatul Qadar
Didalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah saw bersabda,”Barangsiapa melakukan qiyam lailatul qodar dengan penuh keimanan dan pengharapan (maka) dosa-dosanya yang telah lalu diampunkan.”
Juga doa yang diajarkan Rasulullah saw saat menjumpai lailatul qadar adalah ”Wahai Allah sesungguhnya Engkau adalah Maha Pemberi Maaf, Engkau mencintai pemaafan kerana itu berikanlah maaf kepadaku.” (HR. Ibnu Majah)
Dari kedua hadis tersebut menunjukkan bahawa disarankan bagi setiap yang menginginkan lailatul qadar agar menghidupkan malam itu dengan berbagai ibadah, seperti : solat malam, tilawah Al Qur’an, zikir, doa dan amal-amal soleh lainnya. Dan orang yang menghidupkan malam itu dengan amal-amal ibadah akan merasakan ketenangan hati, kelapangan dada dan kelazatan dalam ibadahnya itu kerana semua itu dilakukan dengan penuh keimanan dan mengharapkan redha Allah swt.
gambar hiasan.
Wallahua'lam.
No comments:
Post a Comment