Menjelang syawal ni, dah pasti ramai yg ingin membuat perubahan kan??
Tak kira la dari segi deko rumah ke, kereta ke asalkan bergaya waktu menyambut syawal nanti kan.. ^^ dan yang paling hot sekarang ni ramai yang sedang cari handphone baru.. betul tak??
Baru.. baru juga.. apa yang penting, kualiti. Jangan beli handphone semata-mata untuk bergaya atau kerana desakan gara-gara tercabar dengan rakan-rakan yang sudah menukar handphone mereka pulak ye.. Maklumlah, tak boleh duduk diam bila tengok kawan-kawan pakai handphone baru. hikhik
Kat sini ada beberapa tips beli telefon bimbit. Aku tak ingat kat mana aku tengok, surat khabar METRO kot.. tak kisahla kan :) yang penting dapat share ngan semua orang.
TIPS BELI TELEFON BIMBIT.
1. BAJET
Pastikan kewangan mencukupi sebelum membeli telefon bimbit yang dikehendaki.
(Jangan sampai papa asal bergaya)
2. SELIDIK
Gunakan internet untuk dapatkan maklumat telefon bimbit yang mahu dibeli. Jangan lupa buat perbandingan harga di beberapa kedai bagi mengelak ditipu.
(Jangan menyesal dikemudian hari)
3. KAJI SPESIFIKASI
Kenal pasti spesifikasi telefon bimbit idaman anda seperti jenama, aplikasi, dan kelebihan.
(Jangan handphone je mahal, tapi apa pun tak ada)
4. MINTA PANDANGAN RAKAN
Dapatkan nasihat dan pendapat rakan-rakan yang pernah menggunakan telefon bimbit yang sama seperti yang anda idamkan dari segi kelebihan ataupun kekurangan.
(Jangan tahu nak bergaya je, tapi bodoh sombong)
5. PERIKSA TELEFON
Jangan terlalu percayakan penjual. Teliti betul-betul telefon bimbit anda luar dan dalam seperti bateri, cop sirim, skrin, pad kekunci, dan fungsi lain.
(Jangan terlalu gembira, tapi sebenarnya tertipu)
6. SEMAK NOMBOR SIRI
Bagi pengguna NOKIA, semak nombor siri dengan menekan *#06#. Pastikan nombor siri di skrin sama dengan nombor yang tercatat pada kotak. Jika sama, telefon bimbit yang anda beli itu adalah produk asli.
(Jangan handphone je baru, tapi tiruan)
7. WARANTI.
Pastikan dapat kad jaminan daripada penjual kerana jika terjadi sebarang kerosakan, anda boleh hantar telefon bimbit anda untuk dibaiki secara percuma.
(Jangan baru pakai 2 minggu, dah kena keluar duit untuk baiki)
Okey bloggie, harap-harap tips kat atas ni dapat membantu anda dapatkan handphone yang TERBAIK ! :)
![]() |
harap-harap murah rezeki, cik yaya nak beli handphone ni pulak.. P/S : dh bosan dgn sony ericsson.. hihi |
No comments:
Post a Comment