Wednesday, January 14, 2015

MISI BANTUAN BANJIR DI TANAH MERAH DAN KUALA KRAI, KELANTAN

Banyak sebenarnya pengalaman yang nak dikongsikan. Salah satu daripadanya tentang keprihatinan rakyat Malaysia. Boleh dikatakan setiap hari masuk bantuan untuk misi banjir ni. Usah ditanya berapa jumlah sumbangan setiap orang, tapi apa yang dapat kita lihat adalah ketulusan insan berhati mulia. Tidak sukar sebenarnya untuk kita jumpa insan prihatin dalam Malaysia ni. Memang ada. Malah, ramai sebenarnya.

SK SRI SURIA (2) TANAH MERAH, KELANTAN :






BERAT MATA MEMANDANG, BERAT LAGI BAHU YANG MEMIKUL

SK LELA JASA KUALA KRAI, KELANTAN :












Bila iman ada di hati, bila rasa kasihkan saudara lebih dari segalanya, maka inilah yang dapat kita lihat. Terharu dengan sumbangan semua. Syukur dapat jadi perantara yang hanya melakukan kerja sebesar kuman. Tapi, sangat puas dapat meluangkan masa mengerah tenaga yang tidak seberapa ni. Apa yang pasti, keinginan membuak untuk ke sana lagi.

Monday, May 26, 2014

Kursus Asas Kayak Bintang 2 (Tahap 2) Peringkat Negeri WPKL 2014

Hai Blogger,
     
Apa aktiviti hujung minggu korang semalam?? Duduk rehat2 kat rumah je? tak syok le gitu...........
Tengok kami ni. Warga Kelab Rekreasi Asrama Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (KERAS UPNM) Join aktiviti yang berfaedah tau. BERKAYAK. Hambek kau !! Ramai orang kata,
"alaaaa setakat berkayak sampai ke muara tu sapa2 pun boleh buat".

Hoi3 ! ingat berkayak tu macam naik bot ke? ada modul2 dan skill yang diajar la. Tak semudah ABC okeh !

     Setakat tertelan air tasik, hidung telinga masuk air, masuk selut, terpijak duri semalu, barang hilang dalam tasik, tu semua kami dah rasa. Muka sunburn macam udang panggang pun tak kisahYang penting happy tau. Pengalaman wOooo.. hehehe

     Aktiviti ni anjuran Jabatan Belia Dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL). Bertempat di Kem Bina Semangat Kuala Kubu Bharu. Tujuan utama kursus ni diadakan adalah untuk memberi latihan kepada peserta tentang Asas Kayak Bintang 2. Ia juga bertujuan memberi peluang dan galakan kepada peserta yang mengikuti kursus ini ke tahap seterusnya (Jurulatih Asas) dan membimbing para peserta supaya terus bergiat aktif untuk menceburkan diri dalam aktiviti berkayak.

     Jadi, terima kasih la pada jurulatih yang telah banyak mengajar dan membantu kami melaksanakan Kursus Asas Kayak Bintang 2 Peringkat Negeri WPKL 2014 pada 23 hingga 25 Mei 2014.
Jom tengok gambar2 dan video kami.

Photo Album :



































rakaman pendek (bahasa baku) heheh : 

Capsize : Jurulatih
(wajib buat)

Wednesday, April 2, 2014

Kluang Rail Coffee With BFF

Dear Bloggie,

Pernah dengar nama kedai makan Kluang Rail Coffee tak?? alaaaa kedai yang ada jual roti bakar sedap kat Kluang, Johor tu?? Tak pernah?? okey la, meh nak cerita sikit. Aku pun dah lama jugak tak singgah kedai tu. Teringin pulak. Kebetulan kawan baik baru lepas bersalin. So, alang2 pergi ziarah baby Airis kita pergi makan sekali la ye.
Nak naik kereta mahal sangat. Dengan minyak dan tol nya lagi. Aku pilih naik bas je. Bajet ekonomi kata orang. Tak kisah la kan, asalkan selamat sampai. Syukur Alhamdulillah. RM25 je !! susu ngan coklat tu bkn pakej tau ! Tp, bekalan aku dalam bas. eheh

Bertolak dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) jam 3.30, sampai sana lebih kurang jam 7.00 malam camtu. 3 jam lebih waktu perjalanan. Sampai2 trus mandi pastu tido tak ingat dunia. lalalalala

AIRIS ALISHA


KAWAN AIRIS, SI MONTEL PUN KENA BULI NGAN AKU. :P
Esoknya seharian main ngan baby airis. Siap berjalan sakan kat Kluang Mall tu makan steamboat. kenyang macam ular sawa. RM25 (dewasa).Kami makan tak ingat dunia. Sedar tak sedar, kamilah org terakhir  keluar dari kedai steamboat tu. hahahahaha

Ok lah. stop cerita pasal steamboat. Jom kita sambung cerita pasal Kluang Rail Coffee ni. Sebenarnya kedai ni istimewa sebab nilai sejarah. Maklumlah, mula dibina pada tahun 1938 lg. Sekarang tahun 2014. Ini bermakna dah 76 tahun kedai ni beroperasi. Lama tuuuuuuuu !

SEMPAT LAGI POSING DEPAN KEDAI

Ni dia menu yang aku order. Kemaruk nasi lemak ! macamla kat KL tak jumpa nasi lemak kan. heee
Nampak tak roti bakar yang bulat dan biasa tu?? ha, tu la yang sedap. Menu sepanjang masa. Tengahari pun boleh makan roti bakar. Lazat !! Air kopi korang jangan tanya, sebab tak muat dalam gambar ni. Lagipun dah selamat lalu tekakku yang haus. Pheww~