Monday, May 26, 2014

Kursus Asas Kayak Bintang 2 (Tahap 2) Peringkat Negeri WPKL 2014

Hai Blogger,
     
Apa aktiviti hujung minggu korang semalam?? Duduk rehat2 kat rumah je? tak syok le gitu...........
Tengok kami ni. Warga Kelab Rekreasi Asrama Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (KERAS UPNM) Join aktiviti yang berfaedah tau. BERKAYAK. Hambek kau !! Ramai orang kata,
"alaaaa setakat berkayak sampai ke muara tu sapa2 pun boleh buat".

Hoi3 ! ingat berkayak tu macam naik bot ke? ada modul2 dan skill yang diajar la. Tak semudah ABC okeh !

     Setakat tertelan air tasik, hidung telinga masuk air, masuk selut, terpijak duri semalu, barang hilang dalam tasik, tu semua kami dah rasa. Muka sunburn macam udang panggang pun tak kisahYang penting happy tau. Pengalaman wOooo.. hehehe

     Aktiviti ni anjuran Jabatan Belia Dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL). Bertempat di Kem Bina Semangat Kuala Kubu Bharu. Tujuan utama kursus ni diadakan adalah untuk memberi latihan kepada peserta tentang Asas Kayak Bintang 2. Ia juga bertujuan memberi peluang dan galakan kepada peserta yang mengikuti kursus ini ke tahap seterusnya (Jurulatih Asas) dan membimbing para peserta supaya terus bergiat aktif untuk menceburkan diri dalam aktiviti berkayak.

     Jadi, terima kasih la pada jurulatih yang telah banyak mengajar dan membantu kami melaksanakan Kursus Asas Kayak Bintang 2 Peringkat Negeri WPKL 2014 pada 23 hingga 25 Mei 2014.
Jom tengok gambar2 dan video kami.

Photo Album :



































rakaman pendek (bahasa baku) heheh : 

Capsize : Jurulatih
(wajib buat)

No comments: