Sunday, July 10, 2011

Floria 2011, Putrajaya. (info)

 Dear Bloggie,

  SESIAPA saja pasti mengiyakan keindahan dan keharuman bunga mawar. Bukan saja warnanya yang pelbagai, kelopaknya yang indah serta baunya yang boleh menggamit tarikan, sebaliknya populariti bunga yang turut dikenali ros ini juga sudah sinonim sebagai simbol kasih sayang baik dalam kalangan pasangan kekasih, tanda ingatan seorang suami kepada isteri atau anak kepada ibu bapa serta sesama teman.


Malah, senyuman pasti tidak lekang daripada bibir penerima mawar tidak kiralah sekuntum atau jambangan indah dan menawan ini.


mutiaramawarmerah.blogspot.com

Namun, apakah kisah di sebalik pemilihan bunga mawar berkenaan? Presiden Perbadanan Putrajaya, Tan Sri Samsudin Osman berkata, pemilihan mawar sebagai tema FLORIA kali ini sesuai dengan hasrat menjadikan Putrajaya sebagai Bandar Dalam Taman serta peneraju pameran hortikultur dan landskap di Asia Tenggara.

Bertemakan ‘Mawar Selamanya,’ bunga itu dipilih kerana menerapkan elemen kasih sayang yang boleh diterjemahkan sebagai usaha murni kerajaan memupuk dan menyuburkan kasih sayang antara rakyat berbilang kaum di negara ini.

Putrajaya Floria, Festival Bunga dan Taman Putrajaya kini dianjurkan sekali lagi di Putrajaya, Malaysia. Pesta selama 9 hari ini akan bermula pada 9hb hingga 17hb Julai 2011.


MENTERI Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin merasmikan prapelancaran Floria 2011 di Putrajaya, dua minggu lalu.


Putrajaya Floria 2011 merupakan acara bertaraf antarabangsa yang dihoskan oleh Perbadanan Putrajaya dan Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar. Pengunjung pasti terpesona dengan bunga-bunga dan dedaun yang kemas diatur dan landskap dalam pelbagai gaya dan susunan yang akan mewujudkan kemeriahan warna-warni dengan lokasi khas untuk memberikan peluang bergambar. Adalah diharapkan agar festival ini dapat menyemai rasa hormat dan cinta pengunjung terhadap alam semulajadi, warna, bunga, tumbuh-tumbuhan dan minat untuk berkebun.

Terdapat begitu banyak perkara untuk dilihat dan dilakukan di dalam kawasan seluas 15 ekar ini. Di samping itu, terdapat banyak program dan aktiviti yang disediakan untuk pengunjung. Pada waktu malam, semua tarikan tersebut seperti bunga-bunga dan taman akan dihiasi dengan cahaya yang menampilkan pandangan memukau yang terhasil oleh cahaya dari bangunan, struktur dan jambatan di Putrajaya yg membuatkan pengunjung merasakan seperti berada di i-city shah alam.. :P Sebahagian daripada daya tarikan di Floria 2011 adalah:

Taman-taman perhiasan Flora
Taman Istimewa Ros
Taman Antarabangsa
Taman-taman Korporat
Taman-taman Pertunjukan Sekolah dan Universiti
Taman-taman NGO
Taman Terapi
Astaka Flora
Bazar Taman
Persembahan Seni & Kebudayaan

Masuk Percuma
Tarikh : 9hb - 17hb Julai 2011
Tempat : Persisiran Tasik Presint 2, Putrajaya (berhampiran JABATAN PENDAFTARAN NEGARA)
Masa Lawatan : Isnin - Khamis : 9.00 pg - 10.00 mlm

Jumaat - Ahad : 9.00 pg - 12.00 mlm


INFO: Menarik mengenai FLORIA 2011.



  • 400,000 tumbuhan berbunga dipamerkan.








  • 12,000 spesis mawar dipamerkan simbol usaha kerajaan pupuk kasih sayang rakyat  berbilang bangsa.








  • 800,000 pengunjung dijangka hadir.








  • 200 aktiviti sepanjang festival.








  • 13 negara sertai pameran taman dan gubahan bunga.








  • 100 spesies bunga mawar dicatatkan di sekitar Asia Tenggara manakala 300 spesies di seluruh dunia. 









  •             

                                             
     Mohd Shahril Faiz                                                                

    My Dear Friends :


    Nurul Syazleen


    Muhammad Ridhwan

    Thats All.. Thanks Bloggie.. ^^

    Sumber : 
    ratuhati.com , Floria 2011 putrajaya


    No comments: