jangan dipertikaikan apa yang telah berlaku kerana ia sudah tertulis...
jangan di nanti apa yang belum terjadi tapi bersedialah menghadapi...
bukalah hati anda menyambut rasa REDHA kurniaanNYA
bisikanlah pada diri...
wahai BINTANG...
diri anda sehebat ciptaanNya yang sempurna...
bertenanglah dan senyumlah pada hari esok...
pandanglah ke langit... lihatlah betapa luas ia terbentang...
dengan bulan dan bintang yang menemani
SENYUMlah dengan mata yang bercahaya...
dan katakanlah pada diri...
INI ADALAH AKU MILIKNYA...
senyumlah pada HUJAN di pagi hari
kerana pasti ada PELANGI yang menanti
katakanlah rindu pada sang MATAHARI
kerana MALAM yang indah bakal pergi
bergembiralah dengan sinarnya
kerana BULAN turut memantulkan cahaya yang sama
damailah dengan hembusan ANGIN yang membelai
kerana ada khabar gembira yang bertiup sama
berbahagialah dengan AYAT - AYAT NYA
kerana CINTA NYA amat sempurna
renungilah DIA dengan mata HATI
kerana CINTA NYA INDAH tak terperi...
sedarlah...
IMPIAN YANG DISEMAI
IBARAT BENIH YANG BELUM TENTU KESUBURANNYA
ANDAI YANG TERTULIS OLEHNYA ADALAH SAMA
BERGEMBIRALAH DENGAN KHABARNYA
ANDAI YANG SEBALIKNYA PULA
KATAKANLAH DENGAN WAJAH YANG CERIA
SELAMAT DATANG PERJALANANKU...
No comments:
Post a Comment