Wednesday, July 27, 2011

Pizzaku ala-ala pizza ITALIANO :p

Dear Bloggie,
Hari tu aku jalan-jalan kat PKNS bandar baru bangi ni. Kononnya nak cari baju raya la. Tapi, bila aku parking je  kereta, ada la sorang member aku ni call. Dia nak ajak beli baju raya kat jalan Tunku Abdul Rahman tu, ataupun lebih mesra dipanggil Jalan TAR. (aik, macam tahu-tahu je) haha.. Jadi, selepas ditambah, ditolak, didarab dan dibahagi, aku pun tak jadila beli baju raya kat PKNS tu. Yela, xbestla shopping sorang-sorang kan. hehe Sudahnya, start kereta balik rumah.

 Tapi, dalam perjalanan nak balik rumah tu, aku ternampak satu kedai jual barang-barang bakeri. Nama kedai tu YUMMY. Memang agak famous la kedai tu kat bandar baru bangi ni sebab macam-macam alatan dan bahan ada jual kat situ. Sesuai untuk chef-chef diluar sana heheh.

Berbalik pada tajuk :
haha syok pulak cerita pasal kedai ye. :p
Sebenarnya, aku nak cerita kat hangpa semua (ceh, hangpa !) hahahah
Minggu ni, minggu aku jadi chef. Ala, chef bidan terjun.. hentamla labu. hehe
Aku sengaja je singgah kedai bakeri ni mula-mula. Just nak tengok-tengok. Tapi, atas desakan gerak hati yang begitu kuat menyatakan yang duit aku kena keluar jugak hari ni, aku pun beli la satu, dua barang.
(satu, dua ke? berbakul dah ni) hahaha Semuanya bahan-bahan untuk buat pizza ala-ala pizza itali tu. Almaklumlah, baru je pergi kelas belajar buat pizza dan roti minggu lepas, jadi minggu ni excited la nak try. hehehe

Em, disebabkan aku ni baru je nak try buat pizza, jadi aku takla tamak kan nak beli paket besar-besar. Aku beli paket kecil-kecil je dulu. Dah jadi nanti baru beli yang besar punya ! hihi


ok, ni la barang-barang yang aku beli. tak banyak pun 13 barang je, total price RM 55.60. Berbaloi la kan, tak rugi beli. boleh makan banyak mana pun kita suka. hikhik

Ok, stop cerita pasal bahan. Bila dah ada ilmu, nak juga share kan.. orang kata sharing is caring. Lagipun, besar pahala tu. :)

Ha, jomla.. share resepi.. ada masa nanti try ye. tak rugi. boleh makan banyak mana pun korang suka. hikhik

Bahan-bahan :

A :

Air Biasa                                       300ml (actually air ni ikut kualiti tepung)
Susu Tepung (Full Cream Milk)     3 sudu besar
Gula Halus (Icing Sugar)                6 sudu Besar
Yeast Segera (Mauripan)               2 sudu Besar


B :
Tepung Roti (High Protein/HP)                         500gm
Shortening
(ala-ala mentega tapi warna putih)                     1 sudu besar
Mentega                                                           1 sudu besar
Pelembut Roti/Voltex                                        2 sudu besar
Telur                                                                 1 biji

INTI PIZZA/Topping :
Mozarella shredded
Mayonis
Sayur Campur (yang buat inti popia tu)
Sosej (Hiris nipis)
Sos Cili

= Inti/topping ni guna apa-apa pun boleh. Ikut citarasa masing-masing.. Boleh dipelbagaikan, tak semestinya kena letak sayur kan. Kesian kat orang yang tak makan sayur tu. hihi  :)

CARA BUAT :
bahan A
1.Bancuhkan gula dan susu tepung bersama air didalam 1 bekas kemudian masukkan yeast, dan kacau lagi.
2. Tutupkan bekas dan biarkan seketika. (sehingga berbuih)

bahan B
1. Campurkan semua bahan B (kecuali telur) didalam mangkuk adunan dan uli sekejap. kemudian, baru masukkan telur. (Pastikan telur telah dipecahkan didalam bekas lain terlebih dahulu sebelum dimasukkan kedalam mangkuk adunan bagi memastikan telur tersebut elok).
2. Uli lagi. kemudian, masukkan bahan A yang telah berbuih tadi.
3. Uli sehingga sebati dan adunan menjadi lembut serta tidak melekat pada tangan.
4. Keluarkan adunan dari mangkuk adun.
5. Bulatkan adunan kepada beberapa bahagian. (berapa banyak pizza nak buat)
6. Biarkan seketika adunan yang telah dibulatkan sehingga saiz adunan menjadi 2x ganda. Lebih kurang
     15-20 minit.

adunan yang telah dibahagikan kepada 7 bahagian dan dibiarkan seketika sehingga saiznya menjadi 2 kali ganda lebih besar.. yang kecil molek tu adik aku yang buat, dia pun nak belajar jugak. hihi

Bila saiz adunan dah berubah, canaikan dan sapukan dengan sos cili, taburkan mozarella, susun sosej ikut kreativiti, taburkan sayur campur, dan letakkan sedikit mayonis. Bakar hingga masak dalam oven dengan suhu 180'c selama 25 minit atau lebih (depends pada oven). Bila dah masak, keluarkan pizza dan taburkan lagi mozarella shredded, dan bakar selama 1 minit (just nak bagi dia cair sikit supaya pizza kita nanti jadi macam chewing gum. hehe..
sapukan dengan sos cili, sosej dan mozarella shredded..
(versi besar)
taburkan sayur campur..
(versi kecil)
pizza yang sedang dibakar didalam oven/ketuhar.

So, lepas 1 minit pizza kita tu dah siap la.. boleh makan ! panas-panas lagi sedap. yummy !!!! ^^

Nota : aku cadangkan korang beli pizza pan maker ni. senang sikit nak buat pizza tau. nanti pizza tu bentuk bulat je. cantik ! dan topping pizza tu takdela terkeluar, especially mozarella shredded tu. hehe


Aku dah survey harga dia. Dalam Rm 300. Tapi, brand yang biasa-biasa aku tak tahula. :p

Okeylah bloggie, penat dah berceloteh ni. Selamat Mencuba ye.. :) 

2 comments:

syahira abdullah said...

hoohoo anta lah kat umah C5 yer... :D
ahak!

..Nur HiDayah.. said...

bereh2x.. hehe