Friday, August 12, 2011

Betul ke syaitan kena belenggu bulan puasa ni???

Dear Bloggie,




Entah macam mana kan, hujan-hujan ni sempat pulak aku mengelamun. hihi
Tiba-tiba teringat kisah masa kecik-kecik dulu. Zaman mula-mula nak belajar puasa. :)
Actually, aku ni memang penakut (dulu la :p ). Nak pergi tandas pun minta orang teman. Yang selalu jadi mangsa, kakak aku la. Sian dia kena makan ngan nyamuk gara-gara tunggu aku. heeeee ~ Oh ya ! nak tahu kenapa kena minta teman??? sebab... dulu kecik-kecik aku duk kampung. Rumah kampung orang dulu-dulu tandas kat luar. So, agak gerunla kalau nk pergi sorang-sorang.. kalau nk terdot3x malam-malam tu kenala minta orang teman. Kang muncul pulak hantu kak limah. Kan susah nanti. hahahaha
Kadang-kadang, ada la jugak aku pegi sorang-sorang (time gaduh ngan kakak je) yela, dah gaduh memangla dia tak nak teman kan? haha (padan muka aku). Nak wat camne.. terpaksa ^^
Tapi, takdela takut sangat, sebab jiran aku dulu ustaz. Memang warak orangnya. Selalu gakla kitorang kena tegur bila main basikal tak pakai tudung. Biasala budak-budak. :p Teringat masa mula-mula pindah duk kampung tu. Pergi sekolah tak pakai tudung, pakai dress lak tu. Habis kena ejek ngan kawan-kawan. sSebab dalam ramai-ramai tu kitorang berdua (aku ngan kakak) je yang tak pakai tudung. Mana tak nya, sekolah kat KL mana ada pakai tudung, yela.. dress kan. Takkan nak pakai ngan tudung. huhu
Apa lagi, balik rumah, terus suruh mak jahitkan tudung & beli baju kurung. Selagi mak tak beli, tak nak pergi sekolah sebab malu kena ejek. haha


Berbalik pada cerita asal.. kisah di bulan ramadan zaman aku kecik-kecik.
Malam tu, lepas balik mengaji perut aku ni memulas-mulas. Entah apa la yang aku makan masa berbuka tadi. Tak boleh jadi ni, kena pergi bilik termenung (tandas) jugak. haha Aku pun minta la kakak aku teman. Gara-gara syok Tonton tv, kakak aku wat tak tahu je. Hampeh betul. So, nak tak nak aku kena la pergi jugak. Walaupun sorang-sorang. Still tak puas hati ni, aku suruh mak teman. Mak pulak sibuk kat dapur.. Mak cakap mak tengok dari dapur je... Mak cakap :



"Alaaaa nak takut apa?? bulan-bulan puasa ni, mana ada hantu! setan semua dah kena tangkap. Kena ikat."
Alahai, aku kan penakut. Memang nak nangis dah waktu tu. Tak tahan ! haha 
Pujuk punya pujuk, lama-lama aku percaya bulat-bulat cakap mak. Memang aku berani gila. jalan mendabik dada tanda akulah yang paling berani pergi tandas sorang-sorang, berani takde hantu time bulan puasa. Kerek gila muka kan. Pergi tandas tanpa rasa takut ada hantu skodeng. Mesti pernah punya, siapa yang mencicit lari balik dari surau atau masjid tu sebelum ni, mesti relax je jkan bila alan sorang-sorang time bulan puasa sebab tahu setan dengan hantu dah kena tangkap. haha

Persoalannya, betul ke syaitan ni kena ikat waktu bulan ramadan??
Nak tahu?? jom baca ni : 

Ada 3 pendapat tentang benarkah syaitan ini dirantai atau diikat atau dibelengu.

1) Syaitan tidak dibelengu atau diikat, tetapi masih bebas bergerak cuma terbatas dan terhad.

Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud,
Daripada Abu Hurairah r.a bahawasanya Nabi Muhammad saw telah bersabda : '"Apabila datangnya Ramadhan, maka dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka dan dirantai @ dibelenggu para syaitan"
(HR Al-Bukhari dan Muslim)

Benarkah pintu syurga dibuka, pintu neraka ditutup dan para syaitan dibelengu?


Terdapat 2 pendapat,

Pendapat pertama : dikemukakan oleh al-Hulaimi. Beliau mengatakan “ada kebarangkalian bahawa maksud  “syaitan  dibelenggu” ialah “mereka tidak dapat menggoda manusia sepenuhnya pada bulan Ramadhan seperti pada bulan-bulan yang lain, disebabkan manusia sibuk dengan berpuasa yang mengekang syahwat, membaca al-Quran dan  berzikir”.Ini boleh disamakan dengan ungkapan “dalam sistem diktator, rakyat ditutup mulut dan  digari”. Ungkapan ini membawa makna  “rakyat tidak sepenuhnya dapat bersuara dan bebas melakukan aktiviti yang dianggap menggugat  kerajaan” disebabkan sekatan undang-undang.

Pendapat kedua : dikemukakan oleh al-Qadhi  ‘Iyadh. Beliau berkata : “Ada kebarangkalian ungkapan  “pembelengguan  syaitan” adalah kiasan kepada keterbatasan kemampuan mereka untuk menggoda manusia dan memperindahkan nafsu syahwat pada pandangan  manusia”.


Jadi kalau pendapat ini dijadikan pegangan, tak wujudlah kemusykilan mengapa masih wujud maksiat di bulan Ramadhan. Para syaitan tidak dibelengu tetapi masih bebas bergerak, cuma kemampuan mereka untuk menggoda dan menghasut dalam serba kebatasan dan terhad.

2) Syaitan benar-benar dibelengu. ( pelampau syaitan )

Ada ulama' mengatakan bahawa, hanya sebahagian syaitan sahaja diikat iaitu pencuri berita-berita dari langit atau pelampau-pelampau syaitan. Kira ketua yang jahat sangat-sangatlah. Ada juga yang mengatakan semua syaitan diikat.

Hadis yang dikeluarkan oleh Imam  Nasa’ie dari Abu Qilabah dari Abu Hurairah r.a yang berbunyi  “…dan dibelenggu padanya (yakni pada bulan Ramadhan) pelampau- pelampau  syaitan”. Hadis riwayat Imam  Nasa’ie ini memperincikan hadis riwayat Abu Hurairah yang dikeluarkan oleh Imam Bukhari yang dibicarakan ini. Dalam erti kata lain, hadis yang dikeluarkan oleh Imam Bukhari datang secara umum. Ia hanya menyebut “dibelenggu syaitan-syaitan” tanpa diperincikan. Manakala, hadis Imam Nasa’ie ini datang dalam bentuk yang lebih detail, dimana dijelaskan jenis syaitan yang dibelenggu pada bulan Ramadhan. Oleh itu, hadis Imam  Nasa’ie ini pada pandangan sebahagian  ulama’ dianggap sebagai pentafsir kepada hadis Imam Bukhari.

3) Semua syaitan diikat.

Imam Qurtubi berpegang kepada hadis Imam Bukhari di mana para syaitan diikat tanpa pengecualian. Namun di situlah timbulnya kemusykilan. Kalau dah semuanya kena ikat, kenapa ramai yang lagi yang dengan selambanya boleh buat maksiat tanpa rasa segan silu?

Kemusykilan itu dijawab oleh Imam Qurtubi, “pembelengguan kesemua syaitan tidak membawa makna tidak akan berlaku kejahatan dan maksiat kerana ada sebab-sebab lain berlakunya maksiat dan kejahatan seperti hawa nafsu yang jelek, adat kebiasan yang buruk dan syaitan-syaitan  manusia”.
Manusia sendiri mempunyai hawa nafsu yang boleh menyebabkan kita melakukan pelbagai perkara maksiat. Berlakunya sesuatu maksiat bukanlah hanya disebabkan hasutan syaitan semata, tetapi dikait rapat dengan hawa nafsu manusia yang kotor. Ada orang cakap, selama 11 bulan nafsu berguru dengan syaitan, maka sebulan tanpa syaitan pun sudah boleh menjadikan nafsu itu raja dalam diri kita. Maka, dengan itu.. renung-renungkanlah. Segala maksiat dan kejahatan datangnya dari diri kita yang hina ini juga. Jauhkanlah sebaik mungkin, dengan hanya menyucikan hati InsyaAllah Nafsu yang selama ini tunduk pada syaitan akan beralah lalu menuju ke arah kebaikan.

Kiranya kalau kita semua ni, lebih kepada ke arah pendapat Al-Qurtubi la kan? sebab seingat aku, dulu-dulu time sekolah memang belajar syaitan tak ada masa bulan ramadhan, tapi nafsu ada. Aku selalulah kalau rasa nak minum time puasa masa kecik-kecik tu kan.. aku ingat, cikgu cakap setan takde.. yang tinggal nafsu dalam diri kita. Jadi, kalau aku minum jugak, yang jahat bukanlah setan, tapi AKU. Sebab aku tak mampu lawan nafsu !! Ish3x, terus aku tak jadi minum. hee ~


Orait bloggie, ni je nak share. Harap-harap, info kat atas ni berguna la kn.. :)

P/S : jangan takut pergi tandas sorang-sorang. hahaha

No comments: