Friday, October 21, 2011

Kejayaan kecil VS Kejayaan Besar

GEDIX PHOTOSHOOT >.<
Dear Bloggie,
Alhamdulillah.. Finally I have completed my 3 years studies in
Diploma of Education (Preschool Studies)..


Setelah penat bertungkus-lumus dengan tugasan yg membukit, masalah yang menggunung, Fuh, memang dugaan semua tu. :p Syukur Alhamdulillah, semuanya dapat diharungi dengan jayanya. Terima kasih yang tak terhingga buat, mak.. ayah.. kawan2.. pensyarah.. dan semua2 la yang banyak membantu diri ni dalam mengharungi badai gelora yang melanda sepanjang tempoh pengajian ni. (pssst, ayat macam novel kan) haha.
Semoga Allah merahmati kalian... Aminnnn :)


SUMBER INSPIRASI 
Ucapan buat diri, dan semua :
Ikhlas dari hati ~


Sahabat semua, mulai hari ini tanamkan dalam diri sebuah keyakinan 
tentang peribadi kita bahawa kita boleh berjaya. Paling tidak, kejayaan kecil dalam skala yang kecil.


Ertinya, kita harus buat kerja kita dengan sehabis boleh ! Sekecil apa pun pekerjaan kita, lakukan dengan gemilang hingga ia membuat kita merasa bangga dan bahagia dengan pekerjaan yang kita lakukan saat ini. Kemudian, raikan dan syukuri apa yang telah kita lakukan hari ini dengan meyakinkan diri bahawa kita telah mendapatkan kejayaan yang luar biasa.


SEPERJUANGAN


Ingat, kejayaan yang kita dapatkan pada hari ini akan membawa kepada kejayaan pada hari esok. Mungkin apa yang kita lakukan pada hari ini adalah sebuah kejayaan yang kecil, tetapi kita harus tahu bahawa sebuah kejayaan yang besar terhasil dari kumpulan kejayaan-kejayaan yang kecil, bukan begitu sahabat?


Renung-renungkan, Selamat Beramal :)


P/S : ORANG YANG BERJAYA TIDAK PERNAH MEMILIH KERJA. YANG PENTING, HASILNYA ADALAH DARI SUMBER YANG HALAL :)


With Love.
HiDayah..




2 comments:

D`littleye said...

tahniah dayah!:D

HiDayah said...

Terima kasih ain :D