Saturday, January 28, 2012

Kehilangan .

Terimalah hakikat. Sungguh, maha pedih kenyataan itu ! Melalui detik perpisahan dengan sesuatu yang sangat kita sayang ternyata amat menyakitkan. Segala-galanya menjadi begitu hambar. Langit menjadi suram tanpa suara alam melagukan puisi indah di balik tirai suria yang kian labuh. Hanya mereka yang pernah merasai kehilangan mengerti akan perasaan ini !

Namun, yang pergi tetap akan pergi. Telah termaktub, bahawasanya setiap pertemuan akan ada perpisahan. Redhalah...... segala yang hidup pasti akan mati. Tetapi, ada kalanya kenangan itu amat pedih untuk diingati. Sungguh, tiada dusta ! kerana kenangan itu sering hadir kala aku melewati laman permainanmu.
Harap kau sentiasa senyum padaku di atas sana duhai TOMMY kucing kesayanganku.
Ayah cakap, kau lmasih boleh lari lepas kena langgar dan kau mati dalam pelukan ayah. Maafkan aku Tommy. Ayah tidak sengaja melanggarmu.... SAYANG.

.google search.
==> Macam ni ke keadaan kau Tommy?
 Maafkan aku, aku tak ada waktu kau sakit. 
Dan aku tak sanggup nak letak gambar comel kau kat sini. :'(




No comments: