Thursday, May 17, 2012

Selamat Hari Guru 2012

Hoyeh3, hari ni hari guru la ! HEHE
Apa yang best tentang hari guru?? la..... mesti la best, sebab ni la hari yang ditunggu2 oleh smua cikgu tau.  (hari bolot hadiah) HAHA.. Dulu masa aku sekolah, ada cikgu tu bonet kereta dia penuh dengan hadiah. MELIMPAH WO000 !! tahu sebab apa? sebab cikgu tu baik sangat. tak pernah marah anak murid dia. kalau marah pun, dia marah2 sayang. anak murid dia tak ambik hati pun. Walaupun cikgu tu tegas, tp sebenarnya dia lembut. tu pasal penuh bonet bila tiba hari guru. :)
Jom cerita pasal denda : hah ! korang semua mesti ada kenangan pahit manis kena denda masa sekolah dulu kan? sama la kita. Aku ingat lagi, zaman aku sekolah menengah tingkatan 3 aku kena denda jalan itik kat koridor kelas dari hujung kelas aku, sampai hujung kelas sana. Semuanya gara2 aku lupa bawak buku latihan intensif subjek maths. adoi ! dahla kelas hujung tu kelas "cinta monyet" aku. Serius cam nak nangis. MALU OI. SADIS BETUL ! Pulak tu, dia bantai gelakkan aku. GRRRR ! sejak hari tu, aku takut betul dengan cikgu maths aku tu. Aku terus jadi sangat prihatin dengan subjek maths ni. Tapi, PMR maths tak A pun. huahuahua

Jadi, sempena Hari Guru ni, aku nak ucapkan SELAMAT HARI GURU buat semua cikgu yang pernah ajar aku dari kecik sampai besar. khas buat cikgu2 :

1. Prasekolah SK AU Keramat Kuala Lumpur
2. SK Padang Tembak (2) Kuala Lumpur
3. SK Sri Tiram Tanjong Karang, Selangor
4. SMK Jalan 3 Bandar Baru Bangi, Selangor
5. Sek. Men Teknik (ERT) Setapak, Kuala Lumpur
6. Universiti Industri Selangor

Tak lupa juga buat cikgu2 dari Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Bangi serta cikgu2 dari Institut Pendidikan Guru (IPG kampus pendidikan Islam) Bangi, yang telah bersama2 menabur jasa dan menyemai budi di sini dalam memberi tunjuk ajar sepanjang tempoh aku berkhidmat. Jasa Kalian sungguh bermakna. terima kasih ! 
.Album.
sedap kek ni. my fav !
hadiah untuk cikgu merangkap kakak sayang.

 ni la akak sayang saya.
layan je la gambar over excited kami ni ye. hee ~


ha, yang ni for my bro.
dah tua2 pun dapat hadiah macam budak kecik punya kan?
nasibla dpt adik berjiwa muda remaja macam ni. ahaks !

" HAPPY TEACHER'S DAY "
WITH LOVE, SIS.
^_^


No comments: