Thursday, April 5, 2012

Allah Maha Adil.

Salam..
Malam-malam macam ni, secara tak sengaja aku rasa macam ada satu perasaan yang sangat halus datang dari hati. Yang dengan tak sengajanya telah berjaya merembeskan manik-manik mutiara dari mata aku. sobss ~
aku susah nak berhenti menangis. Punca? Entahlah. Aku sendiri pun tak pasti. Apa yang aku tahu, aku  tak kuat. T_T
Bloggie,
Pernah tak tanya diri sendiri kenapa kita suka mentafsir apa saja yang tersirat dari perlakuan ?
Dan kenapa kita cepat cemburu bila lihat kelebihan yang ada pada orang lain ?
Hinggakan sampai satu tahap, kita berfikir : Adilkah Tuhan menjadikan dia lebih dan aku kurang ?
kenapa ? dan kenapa ?
Manusia memang suka merungut kan. Susah sangat ke nak bersyukur ? TERMASUKLAH AKU !
(Ya Allah, ampunilah daku. Amin)..

ADILKAH ALLAH?

Bloggie,
kadang-kadang aku tertanya-tanya, macam mana Allah tunjukkan keadilannya?

Situasi 1 : 
Untungnya orang tu. Duit banyak, rumah besar, kereta besar, semua cukup. bukan macam aku........
NANTI !  Keluarga dia ikut Islam ke? SYUKUR aku dibesarkan dalam Islam walaupun dalam keadaan serba sederhana :)

Situasi 2 :
Bestnya dia, belajar pandai.. Masuk Universiti lagi. Bukan macam aku. Dahla tak pandai, dapat masuk U pun sebab ambil jurusan senang.  memanglah boleh..
NANTI ! Pandai-pandai dia pun, dia ada migrainlah. belajar susah, kena repeat lagi.
Alhamdulillah aku tak ada. semua urusan dipermudahkan. tak payah susah-susah repeat paper.. :)

Situasi 3 :
Hurmmm.. kalaulah aku cantik macam dia. Mesti syok kan. Ramai admire tu. Fullamak !!
EH.......TUNGGU DULU !! tak semua orang cantik tu bahagia. tengok, berapa ramai yang dah kawin kena cerai sebab fitnah isteri curang ? ada jugak yang tak kawin-kawin sebab susah dapat jodoh. pilihan banyak sangat !!! SYUKUR, aku dikurniakan muka yang taklah cantik, asal sedap mata memandang dan cukup segala sifat. tak ramai admire pun takpe, asal ada yang sayang sudahlah.. :)

Bloggie,
Tak perlu kita pandang ke tepi untuk melihat kenikmatan orang lain, sebaliknya lihatlah ke hadapan dan manfaatkan nikmat Allah yang terbentang luas. Biar buruk paras rupa, biar apa orang nak kata, yang penting adalah hati kita.
(PESAN UNTUK DIRI SENDIRI JUGA) .


beri ruang pada diri untuk bermuhasabah.

No comments: