Monday, December 26, 2011

Taman Botani Putrajaya .

Buat pertama kalinya, aku datang sini dengan kawan2. kira jadi pemandu pelancong gitu. hehe
Taman Botani Putrajaya ni merupakan taman botani terbesar di Malaysia tau. Terletak di presint 1, Putrajaya. Kira-kira 25km dari kuala lumpur kot. Macam mana nak datang sini? Senang je, kalau anda bercadang untuk datang dengan bas, bolehla menaiki bas Cityliner 868 dari Sinar Kota, Kuala Lumpur - Putrajaya. Dari terminal bas Putrajaya pulak, terus ambil bas Nadi Putra. Tak suka naik bas? Naikla Train.. :) Guna ERL KLIA transit yang berlepas dari KL Sentral atau KLIA. Sampai je kat Western Transportation Terminal Putrajaya, terus naik bas Nadi Putra. and you will arrive here :D Nak senang lagi, naik je kereta okeh. hehe

SEDAR TAK SEDAR, MAKIN TEMBAM RUPANYA AKU.
huhu

Yang anda perlu tahu :
Taman Botani putrajaya telah mencapai pengiktirafan antarabangsa tau when it was listed in paradise found sebagai salah satu diantara top 40 taman yang paling indah di dunia. amazing right ??
Taman ni dibahagikan kepada 5 tema yang berbeza. Antaranya Trail explorer, Palm Hill, Taman Floral, Sun Garden, dan Lakeside. Di sini, anda boleh membawa pulang beberapa koleksi menarik dari kedai cenderamata. Menarik kerana cenderamata yang dijual adalah mesra alam. Lain dari yang lain :)

Dibuka setiap hari bermula dari 9.00 am - 7.00 pm. Kemasukan ke taman-taman adalah percuma.
Manakala yuran penyertaan untuk pameran interaktif cuma RM 2. 
Apa yang menarik, kat sini kita boleh sewa basikal tau :) Harga? tengok kat bawah ni.

Monday - Friday :
One seater - RM2 per hour
Two seaters - RM4 per hour
Baby Carrier Seat - RM1 per hour


Sat / Sun / Public Holidays
One seater - RM4 per hour
Two seaters - RM8 per hour
Baby Carrier seat - RM2 per hour
For more information, please contact :
Taman Botani Putrajaya.
Presint 1, 62000 Putrajaya.
Tel :(6)03-88889090

No comments: